Wang Dan Harta Parti Parti_Pribumi_Bersatu_Malaysia

  1. Kewangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah diperolehi daripada yuran ahli, derma dan ikhtiar-ikhtiar lain yang dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Tertinggi.
  2. Setiap sumbangan kewangan atau harta kepada parti hendaklah diisytiharkan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi dan hendaklah disimpan di dalam akaun parti atau dipegang oleh Pemegang Amanah yang dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Tertinggi.
  3. Pemegang Amanah bertanggungjawab mengurus wang dan harta yang diamanahkan semata-mata untuk kegunaan parti dan mesti mengembalikan semula wang dan harta tersebut kepada parti setelah berhenti atau diberhentikan menjadi Pemegang Amanah.
  4. Tahun Kewangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ialah dari 1 Januari hingga 31 Disember.
  5. Bendahari Agung hanya dibenarkan menyimpan wang tunai runcit tidak melebihi RM50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu) pada sesuatu masa. Wang sedemikian mestilah disimpan di tempat yang selamat di dalam Pejabat Berdaftar untuk kegunaan perbelanjaan runcit parti.
  6. Perbelanjaan yang melebihi RM500,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu) pada sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran diperoleh terlebih dahulu daripada Majlis Pimpinan Tertinggi. Perbelanjaan melebihi RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) bagi sesuatu masa perlu mendapat kelulusan dari Perhimpunan Agung.
  7. Majlis Pimpinan Tertinggi berkuasa membuat sebarang peraturan berkenaan kewangan parti bagi semua peringkat.

Rujukan

WikiPedia: Parti_Pribumi_Bersatu_Malaysia http://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin... http://www.astroawani.com/berita-politik/ros-akan-... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.bharian.com.my/node/181438 http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/... http://www.sinarharian.com.my/politik/muhyiddin-mu... http://www.themalaysiantimes.com.my/ros-ppbm-dibub... http://www.pribumibersatu.org.my https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial/ https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial/vi...